http://www.glitter-graphics.com/

Tuesday, October 16, 2012

BER-SITE VISIT


ASSALAMUALIKUM...

Permulaan yang baik, subjek elektif yang sangat la cool.

16-10-2012
Kami berkesempatan untuk ber-site visit bersama Dr. Anuar Amir untuk menerokai dan menyelami isu-isu dan masalah yang berlaku akibat dari perkembangan kawasan pinggir bandar di sekitar Johor Bahru. Perjalanan kami bermula dari Universiti Teknologi Malaysia dan terus menuju ke Kampung Melayu Kangkar Pulai bagi melihat sendiri perkembangan kawasan ini di mana kami difahamkan oleh Dr. Anuar kawasan ini didiami 100% melayu dan merupakan antara perkampungan melayu terawal pada suatu ketika dulu. Kawasan perkampungan ini menerima tempias pembangunan dari kawasan sekitar seperti taman-taman perumahan baru yang lebih moden dan elit. Walaubagaimanapun pengekalan kawasan perkampungan pinggir bandar ini perlu dikekalkan demi memelihara nilai-nilai tradisional dan suasana sosial masyarakat pinggir bandar.  

Kampung Melayu, Kangkar Pulai

Setelah itu kami melawat pula ke kawasan perumahan terancang berhampiran dengan Kampung Melayu Kangkar Pulai iaitu Taman Pulai Hijauan. Melihat dari rumah contoh yang dipamerkan, jelas memaparkan bahawa taman ini dirancang dengan rekabentuk moden dan bercirikan 'Gated and Guarded Concept' dan 'Green Concept'. 
Antara rumah contoh Taman Pulai Hijauan 
kami berada di hadapan 'showroom' Taman Pulai Hijauan 
Lawatan diteruskan ke kawasan perumahan terancang ke dua yang sempat kami lawati iaitu Taman Setia Eco Garden. Ianya adalah salah satu contoh pembangunan berpoket moden yang bakal memberi impak besar kepada kawasan sekitar. Kawasan ini terletak agak jauh dari kawasan bandar Johor Bahru dan merupakan salah satu pembangunan di pinggir bandar. Taman perumahan ini berkonsepkan ekonomi dimana kawasan-kawasan komersial dibina berdekatan dengan kawasan rumah. Melalui cara ini, peluang-peluang pekerjaan dapat dijana serta membantu memendekkan jarak perjalanan ke tempat kerja. Taman-taman yang cantik dan mewah juga direka bagi memberi keselesaan kepada penduduk serta masih mengekalkan konsep taman dan kehijauan disekitar kawasan ini. 
berada di hadapan 'showroom' Taman Setia Eco Garden

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan kami ke Pekan Gelang Patah yang merupakan kawasan pekan kecil yang telah didiami oleh pelbagai pencampuran bangsa. Pekan ini membangun berkonsepkan 'Linear Concept' dimana pembangunan tertumpu dipinggir-pinggir jalan utama. kawasan pinggir bandar ini merupakan sebuah pekan kecil yang wujud sebelum bandar-bandar besar di kawasan Johor Bahru. kami difahamkan, sedikit demi sedikit pembangunan berlaku di kawasan ini berikutan dari pembangunan kawasan baru iaitu bandar Nusajaya kerana antara jalan utama menghubungkan Johor Bahru dengan Nusajaya adalah Gelang Patah. 


Pekan Gelang Patah 
Lokasi terakhir yang sempat kami lawati adalah di kawasan pentadbiran baru Johor Baru iaitu Nusajaya. pelbagai pembangunan cuba dirancang dan direalisasikan bagi menjadikan Nusajaya sebagai sebuah bandar baru terancang seperti Putrajaya. Nusajaya juga merupakan satu Pocket Development yang berpotensi menjadi sebuah bandar besar kelak. Pembangunan demi pembangunan dilakukan bagi memastikan kemajuan berlaku mengikut perancangan yang telah dilakukan. Antara kemegahan bandar Nusajaya kini ialah taman tema Legoland.  Taman tema ini merupakan taman tema Legoland yang pertama di Asia dan berada di nombor ke-6 di peringkat dunia. Waaaahhhhh... sesuatu yang harus dijadikan lambang kebanggaan negara dan menjadi suatu landmark kepada negara ini bagi terus mencapai kemajuan. 

Taman Tema Legoland 
Menerusi lawatan ke tapak yang telah dilalui, saya berpendapat bahawa rebakan bandar berlaku secara berperingkat dimana ianya bermula dari pinggir bandar iaitu kawasan kampung, kemudiannya ke kawasan pekan kecil, terus ke kawasan taman perumahan ternacang dan akhirnya membentuk sebuah bandar pembangunan berpoket. 

Pengalaman sepanjang lawatan tapak ini telah berjaya membuka minda kami tentang perkembangan pembangunan kawasan pinggir bandar dan dedahan kepada konsep serta masalah di kawasan pinggir bandar serta mampu memberi sedikit input kepada pengguna dan pemikir masa hadapan tentang hala tuju pembangunan kawasan ini. 







2 comments:

  1. dapat begambar kat luar pon jadi laa..hehe, satu hari nanti kita mesti masuk!!

    ReplyDelete