http://www.glitter-graphics.com/

Tuesday, September 25, 2012

Something About Pedestrian Walkways

Kreatif - Laluan Pejalan Kaki Dengan Rekabentuk Rollercoaster

Digelar 'Crouching Tiger and Turtle, Magic Mountain', laluan pejalan kaki ini menjadi satu tarikan yang menarik baru-baru ini di bandar Duisberg,Jerman. Patung gergasi berpusar berukuran 11 meter tinggi ini menyediakan pemandangan panorama landskap sekitarnya. Menggabungkan seni dan keseronokan, arca itu adalah satu cara yang interaktif untuk pengunjung menerokai kawasan luar bandar Jerman.Ia telah direka dan dipasang oleh Ulrich Genth dan Heike Mutter selama lapan minggu.




Perancangan Laluan Pejalan Kaki

 Laluan Pejalan Kaki bukan dicipta dan direka tanpa tujuan. Fungsinya adalah untuk menghubungkan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh yang demikian, pelbagai kemudahan perlu disediakan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan golongan pejalan kaki. masalah perancangan timbul apabila fungsi laluan pejalan kaki disalah guna oleh sesetengah individu. Ada antara mereka menggunakan laluan pejalan kaki sebagai tempat meletak kenderaan mereka, dan ada juga sesetengah dari mereka menjalankan perniagaan kecil-kecilan di laluan tersebut. Selain itu, rekabentuk laluan pejalan kaki yang tidak bercirikan keselamatan seperti permukaan lantai yang licin, tidak mempunyai perbezaan tinggi dengan laluan kenderaan laju dan tidak direka menghubungkan sesuatu tempat dengan tempat lain telah menyukarkan dan membahayakan pengguna laluan pejalan kaki untuk menggunakannya. 
Disamping itu, perancangan masa kini tidak mengutamakan laluan pejalan kaki bagi orang-orang kurang upaya (OKU) yang sangat memerlukan laluan yang selamat untuk mereka bergerak. 

penyediaan penghadang antara jalan raya dan laluan pejalan kaki tidak disediakan

peniaga menggunakan laluan pejalan kaki sebagai tempat mereka berniaga

Dan bila orang bijak reka pedestrian walkways.... ini hasilnyaa.. 



Sesungguhnya, laluan pejalan kaki harus diberi penekanan utama dalam mereka bandar untuk dijadikan salah satu alternatif utama bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan kebergantungan kepada pengankutan persendirian. 


Monday, September 24, 2012

unik dan membangun

          Pasir Gudang merupakan sebuah bandar maju yang membangun dari sumber ekonomi berasaskan perindustrian dan perkapalan. Pasir Gudang juga merupakan sebuah bandar yang memberi peluang-peluang pekerjaan yang banyak dan pemangkin kepada ekonomi negeri Johor amnya, Pasir Gudang berjaya menarik pelabur luar untuk turut serta membangunkan kawasan fokus mereka.
            Faktor utama perkembangan sektor perindustrian di Pasir Gudang adalah disebabkan oleh faktor kemudahsampaian jaringan jalan raya yang dapat dihubungkan terus dengan kawasan perindustrian. Kemajuan sistem pengangkutan dan kepadatan jaringannya yang tidak sama antara negeri dan wilayah di Malaysia. Kawasan pantai barat mempunyai sistem pengangkutan yang maju ,jaringan jalan raya ,jalan keretapi yang padat serta kemudahan pelabuhan yang lebih baik seperti Pelabuhan Kelang ,Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Pasir Gudang.Industri lebih cenderung bertumpu di kawasan yang maju dari segi sistem pengangkutan dan perhubungannya kerana ia boleh menjimatkan kos pengeluaran ,memendekkan masa perjalanan serta mudah sampai khususnya ke pelabuhan bagi tujuan urus niaga import dan eksport. Bandar pelabuhan ini menjadikan Pasir Gudang mempunyai pendapatan tahunan yang tinggi bagi penggunaan pembangunan di sekitar Pasir Gudang.



   
      Tekanan pembangunan mula dirasai apabila terlalu banyak pembangunan kawasan-kawasan kilang di sekitar Pasir Gudang dan menyebabkan masalah pencemaran udara, air dan bunyi kepada penduduk sekitar. Hal ini menyebabkan kualiti kesihatan penduduk terjejas. selain itu, Pasir Gudang mempunyai kelemahan di mana kurangnya kawasan-kawasan riadah 'indoor'tetapi memiliki kawasan rekreasi outdoor atau lebih berkonsepkan 'family tour'. Kebanyakan tempat masih berorientasikan cara lama dan belum banyak perubahan dari segi perniagaan di bawah satu bumbung (shopping complex).  Keadaan ini menyukarkan penduduk menjalankan aktiviti riadah.