http://www.glitter-graphics.com/

Monday, September 24, 2012

unik dan membangun

          Pasir Gudang merupakan sebuah bandar maju yang membangun dari sumber ekonomi berasaskan perindustrian dan perkapalan. Pasir Gudang juga merupakan sebuah bandar yang memberi peluang-peluang pekerjaan yang banyak dan pemangkin kepada ekonomi negeri Johor amnya, Pasir Gudang berjaya menarik pelabur luar untuk turut serta membangunkan kawasan fokus mereka.
            Faktor utama perkembangan sektor perindustrian di Pasir Gudang adalah disebabkan oleh faktor kemudahsampaian jaringan jalan raya yang dapat dihubungkan terus dengan kawasan perindustrian. Kemajuan sistem pengangkutan dan kepadatan jaringannya yang tidak sama antara negeri dan wilayah di Malaysia. Kawasan pantai barat mempunyai sistem pengangkutan yang maju ,jaringan jalan raya ,jalan keretapi yang padat serta kemudahan pelabuhan yang lebih baik seperti Pelabuhan Kelang ,Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Pasir Gudang.Industri lebih cenderung bertumpu di kawasan yang maju dari segi sistem pengangkutan dan perhubungannya kerana ia boleh menjimatkan kos pengeluaran ,memendekkan masa perjalanan serta mudah sampai khususnya ke pelabuhan bagi tujuan urus niaga import dan eksport. Bandar pelabuhan ini menjadikan Pasir Gudang mempunyai pendapatan tahunan yang tinggi bagi penggunaan pembangunan di sekitar Pasir Gudang.



   
      Tekanan pembangunan mula dirasai apabila terlalu banyak pembangunan kawasan-kawasan kilang di sekitar Pasir Gudang dan menyebabkan masalah pencemaran udara, air dan bunyi kepada penduduk sekitar. Hal ini menyebabkan kualiti kesihatan penduduk terjejas. selain itu, Pasir Gudang mempunyai kelemahan di mana kurangnya kawasan-kawasan riadah 'indoor'tetapi memiliki kawasan rekreasi outdoor atau lebih berkonsepkan 'family tour'. Kebanyakan tempat masih berorientasikan cara lama dan belum banyak perubahan dari segi perniagaan di bawah satu bumbung (shopping complex).  Keadaan ini menyukarkan penduduk menjalankan aktiviti riadah.

No comments:

Post a Comment