insan yang disayangi adalah insan yang sentiasa diuji oleh-NYA
dari ujian tersebut tahap kesabaran kita akan diukur.
dan dari kesabaran itulah terbit kekuatan dalam diri.
setiap manusia yang Allah ciptakan sentiasa akan diberi musibah ataupun ujian.
tipulah jika seseorang manusia itu berkata yang dirinya tidak pernah ditimpa musibah.
Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.
ujian yang diberikan oleh Allah akan menambah iman kita.
dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam meneruskan kelangsungan hidup.
sememangnya kita perlu percaya setiap ujian ada hikmah yang tersirat..
cuma belum masanya Allah nk tunjuk.
setiap kesedihan pasti ada sinar kebahagiaan..
percayalah..itu hakikat kehidupan.
:)
No comments:
Post a Comment