http://www.glitter-graphics.com/

Monday, September 24, 2012

unik dan membangun

          Pasir Gudang merupakan sebuah bandar maju yang membangun dari sumber ekonomi berasaskan perindustrian dan perkapalan. Pasir Gudang juga merupakan sebuah bandar yang memberi peluang-peluang pekerjaan yang banyak dan pemangkin kepada ekonomi negeri Johor amnya, Pasir Gudang berjaya menarik pelabur luar untuk turut serta membangunkan kawasan fokus mereka.
            Faktor utama perkembangan sektor perindustrian di Pasir Gudang adalah disebabkan oleh faktor kemudahsampaian jaringan jalan raya yang dapat dihubungkan terus dengan kawasan perindustrian. Kemajuan sistem pengangkutan dan kepadatan jaringannya yang tidak sama antara negeri dan wilayah di Malaysia. Kawasan pantai barat mempunyai sistem pengangkutan yang maju ,jaringan jalan raya ,jalan keretapi yang padat serta kemudahan pelabuhan yang lebih baik seperti Pelabuhan Kelang ,Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Pasir Gudang.Industri lebih cenderung bertumpu di kawasan yang maju dari segi sistem pengangkutan dan perhubungannya kerana ia boleh menjimatkan kos pengeluaran ,memendekkan masa perjalanan serta mudah sampai khususnya ke pelabuhan bagi tujuan urus niaga import dan eksport. Bandar pelabuhan ini menjadikan Pasir Gudang mempunyai pendapatan tahunan yang tinggi bagi penggunaan pembangunan di sekitar Pasir Gudang.



   
      Tekanan pembangunan mula dirasai apabila terlalu banyak pembangunan kawasan-kawasan kilang di sekitar Pasir Gudang dan menyebabkan masalah pencemaran udara, air dan bunyi kepada penduduk sekitar. Hal ini menyebabkan kualiti kesihatan penduduk terjejas. selain itu, Pasir Gudang mempunyai kelemahan di mana kurangnya kawasan-kawasan riadah 'indoor'tetapi memiliki kawasan rekreasi outdoor atau lebih berkonsepkan 'family tour'. Kebanyakan tempat masih berorientasikan cara lama dan belum banyak perubahan dari segi perniagaan di bawah satu bumbung (shopping complex).  Keadaan ini menyukarkan penduduk menjalankan aktiviti riadah.

Tuesday, January 24, 2012

MASIN MULUT

entry kali ni aku tulis sbb teringatkan kata-kata bekas cikgu aku time dolu2..
ni bukan zaman black and white taw..bhahahaa!!
dulu time primary school cikgu bahasa aku penah la dok kata..
cmni la lebih korang kata-kata beliau...eheemmmmm2!
" cikgu nk tgk 10tahun akan datang pe jadik kat anak murid cikgu ni sume, time tu mesti ada yang da kawen, da ada anak berderet,da jadik mak org, yg sambung belajo nye laen.." 
ha hambik kaw! 
time tu aku 12tahun and right now da pon duapulohduatahon
betol la kan 10tahun da berlalu..
then cuti sem kali ni, ada lagi sahabat2 sekolah yang dah bergelar isteri.
makbul doa cikgu aku tu, terasa kemasinannya ^_^


tooooo diaaaaa!!! 
macam nk runtuh pelamin bila mereka-mereka ni berobut2 nk enterprem..
tema kale pengantin hari ni 
MERAH MENYALA

nama pengantin Hasniza binti Hasnan dan pasangan
diijabkabulkan pada malam 20hb Januari 2012



akhirnyaaaaa........
lame jgk dok tgu Q nk begambo ngn pengantin punye pasal



hahahhaha!!!
 gambar ni teringat aku, din meroyan nk udang kt meja pengantin

habis licin aku makan takot kempunan makan nasi minyak 
tinggal ayam seketoi atas pinggan.. :P
kalau da duduk semeja dengan mamat2 bertiga ni jawab nya mmg kembang jelah idong aku ni ..

mereka2 ni kaki melawak...
sporting je.... :) 



sebelum angkat kaki meninggalkan majlis, sempat posing2 lg
bukan menggedik, cuma untuk kenangan bersama.. :)

tahniah untuk pasangan...
semoga bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya..... 
0_0