http://www.glitter-graphics.com/

Tuesday, October 16, 2012

BER-SITE VISIT


ASSALAMUALIKUM...

Permulaan yang baik, subjek elektif yang sangat la cool.

16-10-2012
Kami berkesempatan untuk ber-site visit bersama Dr. Anuar Amir untuk menerokai dan menyelami isu-isu dan masalah yang berlaku akibat dari perkembangan kawasan pinggir bandar di sekitar Johor Bahru. Perjalanan kami bermula dari Universiti Teknologi Malaysia dan terus menuju ke Kampung Melayu Kangkar Pulai bagi melihat sendiri perkembangan kawasan ini di mana kami difahamkan oleh Dr. Anuar kawasan ini didiami 100% melayu dan merupakan antara perkampungan melayu terawal pada suatu ketika dulu. Kawasan perkampungan ini menerima tempias pembangunan dari kawasan sekitar seperti taman-taman perumahan baru yang lebih moden dan elit. Walaubagaimanapun pengekalan kawasan perkampungan pinggir bandar ini perlu dikekalkan demi memelihara nilai-nilai tradisional dan suasana sosial masyarakat pinggir bandar.  

Kampung Melayu, Kangkar Pulai

Setelah itu kami melawat pula ke kawasan perumahan terancang berhampiran dengan Kampung Melayu Kangkar Pulai iaitu Taman Pulai Hijauan. Melihat dari rumah contoh yang dipamerkan, jelas memaparkan bahawa taman ini dirancang dengan rekabentuk moden dan bercirikan 'Gated and Guarded Concept' dan 'Green Concept'. 
Antara rumah contoh Taman Pulai Hijauan 
kami berada di hadapan 'showroom' Taman Pulai Hijauan 
Lawatan diteruskan ke kawasan perumahan terancang ke dua yang sempat kami lawati iaitu Taman Setia Eco Garden. Ianya adalah salah satu contoh pembangunan berpoket moden yang bakal memberi impak besar kepada kawasan sekitar. Kawasan ini terletak agak jauh dari kawasan bandar Johor Bahru dan merupakan salah satu pembangunan di pinggir bandar. Taman perumahan ini berkonsepkan ekonomi dimana kawasan-kawasan komersial dibina berdekatan dengan kawasan rumah. Melalui cara ini, peluang-peluang pekerjaan dapat dijana serta membantu memendekkan jarak perjalanan ke tempat kerja. Taman-taman yang cantik dan mewah juga direka bagi memberi keselesaan kepada penduduk serta masih mengekalkan konsep taman dan kehijauan disekitar kawasan ini. 
berada di hadapan 'showroom' Taman Setia Eco Garden

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan kami ke Pekan Gelang Patah yang merupakan kawasan pekan kecil yang telah didiami oleh pelbagai pencampuran bangsa. Pekan ini membangun berkonsepkan 'Linear Concept' dimana pembangunan tertumpu dipinggir-pinggir jalan utama. kawasan pinggir bandar ini merupakan sebuah pekan kecil yang wujud sebelum bandar-bandar besar di kawasan Johor Bahru. kami difahamkan, sedikit demi sedikit pembangunan berlaku di kawasan ini berikutan dari pembangunan kawasan baru iaitu bandar Nusajaya kerana antara jalan utama menghubungkan Johor Bahru dengan Nusajaya adalah Gelang Patah. 


Pekan Gelang Patah 
Lokasi terakhir yang sempat kami lawati adalah di kawasan pentadbiran baru Johor Baru iaitu Nusajaya. pelbagai pembangunan cuba dirancang dan direalisasikan bagi menjadikan Nusajaya sebagai sebuah bandar baru terancang seperti Putrajaya. Nusajaya juga merupakan satu Pocket Development yang berpotensi menjadi sebuah bandar besar kelak. Pembangunan demi pembangunan dilakukan bagi memastikan kemajuan berlaku mengikut perancangan yang telah dilakukan. Antara kemegahan bandar Nusajaya kini ialah taman tema Legoland.  Taman tema ini merupakan taman tema Legoland yang pertama di Asia dan berada di nombor ke-6 di peringkat dunia. Waaaahhhhh... sesuatu yang harus dijadikan lambang kebanggaan negara dan menjadi suatu landmark kepada negara ini bagi terus mencapai kemajuan. 

Taman Tema Legoland 
Menerusi lawatan ke tapak yang telah dilalui, saya berpendapat bahawa rebakan bandar berlaku secara berperingkat dimana ianya bermula dari pinggir bandar iaitu kawasan kampung, kemudiannya ke kawasan pekan kecil, terus ke kawasan taman perumahan ternacang dan akhirnya membentuk sebuah bandar pembangunan berpoket. 

Pengalaman sepanjang lawatan tapak ini telah berjaya membuka minda kami tentang perkembangan pembangunan kawasan pinggir bandar dan dedahan kepada konsep serta masalah di kawasan pinggir bandar serta mampu memberi sedikit input kepada pengguna dan pemikir masa hadapan tentang hala tuju pembangunan kawasan ini. 







Tuesday, September 25, 2012

Something About Pedestrian Walkways

Kreatif - Laluan Pejalan Kaki Dengan Rekabentuk Rollercoaster

Digelar 'Crouching Tiger and Turtle, Magic Mountain', laluan pejalan kaki ini menjadi satu tarikan yang menarik baru-baru ini di bandar Duisberg,Jerman. Patung gergasi berpusar berukuran 11 meter tinggi ini menyediakan pemandangan panorama landskap sekitarnya. Menggabungkan seni dan keseronokan, arca itu adalah satu cara yang interaktif untuk pengunjung menerokai kawasan luar bandar Jerman.Ia telah direka dan dipasang oleh Ulrich Genth dan Heike Mutter selama lapan minggu.




Perancangan Laluan Pejalan Kaki

 Laluan Pejalan Kaki bukan dicipta dan direka tanpa tujuan. Fungsinya adalah untuk menghubungkan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh yang demikian, pelbagai kemudahan perlu disediakan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan golongan pejalan kaki. masalah perancangan timbul apabila fungsi laluan pejalan kaki disalah guna oleh sesetengah individu. Ada antara mereka menggunakan laluan pejalan kaki sebagai tempat meletak kenderaan mereka, dan ada juga sesetengah dari mereka menjalankan perniagaan kecil-kecilan di laluan tersebut. Selain itu, rekabentuk laluan pejalan kaki yang tidak bercirikan keselamatan seperti permukaan lantai yang licin, tidak mempunyai perbezaan tinggi dengan laluan kenderaan laju dan tidak direka menghubungkan sesuatu tempat dengan tempat lain telah menyukarkan dan membahayakan pengguna laluan pejalan kaki untuk menggunakannya. 
Disamping itu, perancangan masa kini tidak mengutamakan laluan pejalan kaki bagi orang-orang kurang upaya (OKU) yang sangat memerlukan laluan yang selamat untuk mereka bergerak. 

penyediaan penghadang antara jalan raya dan laluan pejalan kaki tidak disediakan

peniaga menggunakan laluan pejalan kaki sebagai tempat mereka berniaga

Dan bila orang bijak reka pedestrian walkways.... ini hasilnyaa.. 



Sesungguhnya, laluan pejalan kaki harus diberi penekanan utama dalam mereka bandar untuk dijadikan salah satu alternatif utama bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan kebergantungan kepada pengankutan persendirian. 


Monday, September 24, 2012

unik dan membangun

          Pasir Gudang merupakan sebuah bandar maju yang membangun dari sumber ekonomi berasaskan perindustrian dan perkapalan. Pasir Gudang juga merupakan sebuah bandar yang memberi peluang-peluang pekerjaan yang banyak dan pemangkin kepada ekonomi negeri Johor amnya, Pasir Gudang berjaya menarik pelabur luar untuk turut serta membangunkan kawasan fokus mereka.
            Faktor utama perkembangan sektor perindustrian di Pasir Gudang adalah disebabkan oleh faktor kemudahsampaian jaringan jalan raya yang dapat dihubungkan terus dengan kawasan perindustrian. Kemajuan sistem pengangkutan dan kepadatan jaringannya yang tidak sama antara negeri dan wilayah di Malaysia. Kawasan pantai barat mempunyai sistem pengangkutan yang maju ,jaringan jalan raya ,jalan keretapi yang padat serta kemudahan pelabuhan yang lebih baik seperti Pelabuhan Kelang ,Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Pasir Gudang.Industri lebih cenderung bertumpu di kawasan yang maju dari segi sistem pengangkutan dan perhubungannya kerana ia boleh menjimatkan kos pengeluaran ,memendekkan masa perjalanan serta mudah sampai khususnya ke pelabuhan bagi tujuan urus niaga import dan eksport. Bandar pelabuhan ini menjadikan Pasir Gudang mempunyai pendapatan tahunan yang tinggi bagi penggunaan pembangunan di sekitar Pasir Gudang.



   
      Tekanan pembangunan mula dirasai apabila terlalu banyak pembangunan kawasan-kawasan kilang di sekitar Pasir Gudang dan menyebabkan masalah pencemaran udara, air dan bunyi kepada penduduk sekitar. Hal ini menyebabkan kualiti kesihatan penduduk terjejas. selain itu, Pasir Gudang mempunyai kelemahan di mana kurangnya kawasan-kawasan riadah 'indoor'tetapi memiliki kawasan rekreasi outdoor atau lebih berkonsepkan 'family tour'. Kebanyakan tempat masih berorientasikan cara lama dan belum banyak perubahan dari segi perniagaan di bawah satu bumbung (shopping complex).  Keadaan ini menyukarkan penduduk menjalankan aktiviti riadah.

Tuesday, January 24, 2012

MASIN MULUT

entry kali ni aku tulis sbb teringatkan kata-kata bekas cikgu aku time dolu2..
ni bukan zaman black and white taw..bhahahaa!!
dulu time primary school cikgu bahasa aku penah la dok kata..
cmni la lebih korang kata-kata beliau...eheemmmmm2!
" cikgu nk tgk 10tahun akan datang pe jadik kat anak murid cikgu ni sume, time tu mesti ada yang da kawen, da ada anak berderet,da jadik mak org, yg sambung belajo nye laen.." 
ha hambik kaw! 
time tu aku 12tahun and right now da pon duapulohduatahon
betol la kan 10tahun da berlalu..
then cuti sem kali ni, ada lagi sahabat2 sekolah yang dah bergelar isteri.
makbul doa cikgu aku tu, terasa kemasinannya ^_^


tooooo diaaaaa!!! 
macam nk runtuh pelamin bila mereka-mereka ni berobut2 nk enterprem..
tema kale pengantin hari ni 
MERAH MENYALA

nama pengantin Hasniza binti Hasnan dan pasangan
diijabkabulkan pada malam 20hb Januari 2012



akhirnyaaaaa........
lame jgk dok tgu Q nk begambo ngn pengantin punye pasal



hahahhaha!!!
 gambar ni teringat aku, din meroyan nk udang kt meja pengantin

habis licin aku makan takot kempunan makan nasi minyak 
tinggal ayam seketoi atas pinggan.. :P
kalau da duduk semeja dengan mamat2 bertiga ni jawab nya mmg kembang jelah idong aku ni ..

mereka2 ni kaki melawak...
sporting je.... :) 



sebelum angkat kaki meninggalkan majlis, sempat posing2 lg
bukan menggedik, cuma untuk kenangan bersama.. :)

tahniah untuk pasangan...
semoga bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya..... 
0_0

Thursday, January 19, 2012

TIRAI 2011 DILABUHKAN

31.12.2011
genap umur aku 21 tahun.
menunggu tarikh ni aku cool je..
terasa exited sebab nk jumpa encik hati :)
malam tu dapat la kek blueberry dari mereka-mereka yg sangat baek hati! 
tersenyum-senyum sorang2 kalau ingat moment ni...  >_<



ni lagi


ok then tepat jam 11am
 aku terus call my mom untuk say thanks sebab susah payah besarkan aku selama ni...
huhuuhu*terharu 
mak kata bila nk balik kampung... * mak rindu aku
makuda dah tnya ana bila nk balik...
mak uda sakit buah pinggang..mak yang jaga lepas makuda xnk terima treatment pape kt hospital lagi
so, aku mmg nekad nk balik kg lepas habis paper exam nti..
ok, tepat jam 3pm
 bersiap nk jumpa encik hati..
5minit kemudian
kak ilah telefon suruh balik kg sekarang, makuda baru je meninggal!
sentap hati!
air mata mula murah mengalir di pipi.....
cepat-cepat tukar baju kurung, nk balik kg!
 hanya mampu terdiam sepanjang hari
 terkilan sebab aku xsempat nk balik untuk jaga makuda di saat akhir nyawanya..





2011 pergi dengan kisah gembira dan sedih dalam hidup aku
sebagai manusia biasa, dari DIA kita datang dan dari DIA juga kita kembali....
ikhlaskan hati, redha dengan ketentuan-NYA




Saturday, December 24, 2011

SURPRISE!!! ^_^



ok receive this !!! ^_^ kredit to my friend kak reen, adila and kak ira! laen kali panggil saya make up kan kamu semua lg okey!!!!

Saturday, December 10, 2011

JALAN-JALAN MAKAN NASI MINYAK DAN MAKAN ANGIN


wow!!!! today aku and all my classmate go to makan nasi minyak sampai kenyang
alhamdulillah makan free...sedap lagi..
kredit to MR. NUR AWAN yg sudi invite kteorg yg xmalu ni dtg majlis kawen akak ko yek..
so appreciated !
 ^^__^^ 




here! mlysha, aten yang da ciap melantak and aku tertinggal kerana sampai lambat..hehhehee




then my beloved fren 4ever!!! gorgeous x kami??? :P 



setelah kami makan dengan lahap nya tanpa rasa segan silu kami pon balik
so sebelum balik, my lovely roomet pon mengutarakan niat hati dia yang dari bilik dok terkinja-kinja nk p JPO ( Johor Premium Outlet) 

ape tu?? aku mula2 dengo pon dok terkial2 xtau pe kejadahnya JPO 2..
 huhuhuhu..looser gle... nama je dok johor tp xtau pon..
ala shopping complex yang baru je bukak kt kulai and menjual segala barangan branded cm GUCCI ke, PADDINI. ADIDAS, ape lg ek ESPIRIT dan banyak lg la.
not bad tempat nya...
english style and bagi mereka yang gemar shopping ini adalah tempat yang perlu dikunjungi.



 kami xbeli, tapi tengok orang p beli...hikhik!!



tadaaaaaaa!!!!!! JPO


harini aku lalui dengan baik dan mengharap hari mendatang mampu ku lalui dengan lebih baik... 
=_____=

Tuesday, December 6, 2011

UJIAN

insan yang disayangi adalah insan yang sentiasa diuji oleh-NYA
dari ujian tersebut   tahap kesabaran kita akan diukur.
dan dari kesabaran itulah terbit kekuatan dalam diri.

setiap manusia yang Allah ciptakan sentiasa akan diberi musibah ataupun ujian.
tipulah jika seseorang manusia itu berkata yang dirinya tidak pernah ditimpa musibah.
Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.
ujian yang diberikan oleh Allah akan menambah iman kita. 
dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam meneruskan kelangsungan hidup. 
sememangnya kita perlu percaya setiap ujian ada hikmah yang tersirat..
cuma belum masanya Allah nk tunjuk. 
setiap kesedihan pasti ada sinar kebahagiaan..
percayalah..itu hakikat kehidupan.
:)



Tuesday, November 29, 2011

PREGNANT!

pika! chumil bila da nampak perot 7 weeks
satu pengalaman yang semua perempuan xdapat lupa kan adalah apabila disahkan mengandung.
wah! sedang bawa satu nyawa dalam perut kita la....ingt kan kembung perot td...ehehe..
ya! semua nya datang dari- Nya. DIA yang beri rezeki anak tu kepada manusia dan ianya merupakan amanah yang besar ya.
ok, entry mengandung saje aku selitkan kt sini sebab my best friend da pon mengandung anak pertama dia...
( gambar dok berangan depan cermin kt atas tu ler~~~ :P)
TAHNIAH NOORSYAFIQAH MOHD. SAID
aku tau mmg saat2 yang ko nantikan sepanjang perkahwinan ko.
yang aku plak dok buzy body imagine macam mane time aku plak nanti...huhhuuhu..
mesti kelakar je bawak perut membuyung!
aku doakan semoga dia selamat melahirkan nanti..
sekian 
bye~~~ ^_^

Wednesday, November 16, 2011

TALK ABOUT LOVE! 
 entry kali ni aku nk cite pasal cinta......
soal cinta sume orang boley cerita dan ade cerita mereka sendiri. tapi buat aku , cinta bawa se1000 pengertian wei!

CINTA PADA SANG PENCIPTA ALAM (ALLAH S.W.T)
CINTA KAT MAKABAH AKU
CINTA KT ANAK-ANAK MAK ABAH AKU ( sibling aku la kan. luv all ketad2!)
CINTA KAT MY TRULY FRIENDS! ( sebab ramai da jumpe truly friends in my life sekarang ni (: )
and.................
CINTA MATI KT MY FUTURE HUSBAND AKU NANTI LA... (hehehheheheheheee.... insyaallah )



definisi cinta, banyak pengertian nya, bagi kita manusia dan khalifah di atas muka bumi Allah ni semua nya berhak merasai cinta dan kasih sayang........
mak abah! ana sayang sangat2! !!!!! 
buat insan-insan yang kita sayangi, hargailah masa yang kita ada sekarang ni untuk mencintai dan dicintai okey! ^_^

Friday, April 8, 2011

kehidupan kt u...


my best friend ever and ever!
first menjejakkan kaki kat u ni semua owg yang dapat peluang 2 penah rasa kan..
peh pada ak mmg sesuatu perasaan yang mmg ak nanti dari ak primary school kot..
punya lah rasa bangga, teruja, exited tahap gaban dan mestilah da x sabo2 nk org gelo title mahasiswa 2!!
then nk cte 1st sem kt cni..
hurm..mmg btol member ak dok kata bley kurus org yg blajo kt u nih..
termasuk lah ak.. 
korang tau nape?? 
mane xkurus, cuba korg pk, ngn keje ny yg belambak2 (assignment, projek, kerja2 luo) mcm2 la beb..
ak ni pon tabah kan ati jelah kt cni semata2 nk genggam segulung ijazah yg mmg mak ayah ak tgu..
harapan beso ni der..hukhukhuk...
ok2 kte continue balik asal ak kta ley kurus td..
hurm pas 2 korg pk la law da sebok 2 korg nk pk nk cpt2 ciapkan keje2 korang 2 ngn masa yg mmg singkat gler kot..
peh!! seyes sakit...
pasal mkn korg jgn cte la...
mmg ak pon abiz jimat kot sebab banyak keperluan laen yg lagi penting untuk study ak... nk xnk kne gk kte ikt perot..

Thursday, November 25, 2010

bla....bla...bla....

baru start page blog nih sbb aku nk belajar untuk ad blog sendiri....owg skg nih tengah gler blog untuk tujuan tertentu...ad yg suke-suke, nk promote brg, ad yg nk jdikan blog sebagai kawan rapat die and, whatever...........